Thursday, February 22, 2018

Nak Tayang Tayang Gambor Ajer



Assalamualaikum




20 tahun yang lalu




Sekian Wassalam.




Tuesday, January 30, 2018

SELAMAT HARI LAHIR AKU


ASSALAMUALAIKUM







Aku semakin menapak dengan nya.
Dan AKU belajar untuk melepaskan duniya
Ini dari genggaman perlahan lahan.
Andai masih menganyam suka duka, tawa derita.
Duhai bumi, tanah pusaka bonda
yang ku injak
Santunilah kepulanganku
Terimalah aku sebagaimana aku pulang
demi sebuah cinta yang haqiqi. 
Memohon syafaat kekasih  Nabi
Amin.

Selamat Hari Lahir dan Matiku 
Innasolati wanusuki wamah yaya wamamati lillahi
robbil alamin.






Sunday, January 21, 2018

HUJAN

Assalamualaikum


Hujan 
Adalah airmata hati
menitis dari lopak duka
di hulu rasa
memeram pilu
bertakung sendu

Hujan
adalah rahmat 
Agar diKau payungi kami
biar kering  hingga akhir solat
Hujan adalah DOA yang mencurah

Hujan
adalah Taman di kebun nan basah
buat kami menganyam tawa
sementara menanti bahagia
Tatkala segala barang naik harga

Hujan terus menduga
menggamit memori, lecak, lencun,
cinta dan benci silih berganti.  
Aku tetap jatuh cinta setiap kali bila hujan
Yang mengirim rahmat Illahi.


Nukilan:  Mamawana
15 September 2013 
Bandar Tasik Selatan
Kuala Lumpur

Saturday, January 20, 2018

Renungan: Lumrah Hidup Memang Begitu



Assalamualaikum


Renungan dikata badai datang menimpa. Sesunggunya tiada kesenangan dalam kehidupan. Setiap ujian tanda Allah sayang kita.
Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat.

Rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah.


Aku melihat hidup teman-temanku tak ada duka dan kepedihan.
Rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha.


Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian,
Rupanya dia begitu menikmati badai hujan dlm kehidupannya.

Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna,
Rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada.

Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung.
Ternyata dia selalu tunduk pada Allah untuk bergantung.


Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui..
Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah..
Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini.

Dan satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah tak pernah mengurangkan ketetapan-Nya.

Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi.


Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain.
Mungkin aku tak tahu dimana rezekiku. Tapi rezekiku tahu dimana diriku berada.

Dari lautan biru, bumi dan gunung, Allah telah memerintahkannya menuju kepadaku.
Allah menjamin rezekiku, sejak 9 bulan 10 hari aku dalam kandungan ibuku.

Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja.  Kerana bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusan-Nya..


Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-Nya, adalah kekeliruan berganda..
Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati.
Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya.

Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita, Allah menaruh sekehendak-Nya.

Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah, tapi air Zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail.  Ikhtiar itu perbuatan. Rezeki itu kejutan.  Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak, "Dari mana dan digunakan untuk apa"

Kerana rezeki hanyalah "hak pakai", bukan "hak milik"...
Halalnya dihisab dan haramnya diazab.  Maka, aku tidak boleh merasa iri pada rezeki orang lain. 
 Sumber:  copy paste yg viral


Lumrah kehidupan sememangnya begitu.  Kita selalu berusaha menunjukkan yang baik baik sahaja.  Yang lintang pukang di dapur, yang bersepah di kamar tidur, yang libang libu di ruang tamu, yang berkecah di dapur dan di bilik air semuanya kita tutup dengan calitan gincu bibir dan senyuman dengan secalit celak hitam di mata agar bila foto kehidupannya selfie dirinya sentiasa nampak baik dan bagus bagus belaka. Hakikatnya....Jujur lah.

Friday, January 12, 2018

Selamat Pengantin Baru Zetty


Assalamualaikum

Mamawana sayang Zetty ni macam sayang kepada anak sendiri.  Kawan baik Wana sejak Diploma UITM Sri Iskandar Perak.  Then, Degree bersama ke UITM Puncak Alam.. Persahabatan yang panjang sehingga Usrah Santai bersama dan  kini dapat rezeki bekerja satu bumbung. Sama sama photographer. hehehe..






Selamat Pengantin Baru. Semoga rumahtangga yang baru dibina mendapat redha dan rahmat Illahi hingga ke anak cucu dan jenerasi mendatang.


Sunday, December 31, 2017

Sepanjang Perjalanan Ini 2017

ASSALAMUALAIKUM

Mama coretkan sebahagian aktiviti kenangan yang manis di sepanjang tahun 2017 ini bersama jirantetangga.  
 Lawatan ke salah satu  pembukaan cawangan kelas  Al Baghdadi 

Memilih kain untuk muslimah Masjid Muqarrobin di Jakeltextile K.Lumpur.


Sarapan selepas kuliah Subuh Masjid Muqorrobin



  Majlis perkahwinan anak jiran sebelah.


Ziarah/ rombongan ke Ladang Kelulut Johor
 Geng cuci cuci pinggan piring gelas di masjid Muqarrobin.




  Majlis kahwin anak jiran setaman. Di Hotel Putrajaya.




Geng Marhaban jemputan di Bandar Tun Hussein Onn.



Kuliah Al Quran Malam Rabu...disusuli sambutan harijadi rakan muslimah.  Ater, ajer ngan yer gemor berselfie semua.

Menung aper tu yong, sampei nongkat dagu, kenyang makan mee goreng ?



Selepas kelas AlQuran, sambutan majlis perpisahan teman muslimah yang berpindah ke tempat lain.



Rombongan lawatan ke Pondok Tahfiz Puncak Alam.




Kursus Haji bersiri di Masjid Muqarrobin



Makan makan di Restaurant Arab dekat Giant Tmn Connaught. Tuan Punya Datin Hjh Rohana bertudung kuning.



 



Geng cuci piring gelas.


Dapat sumbangan petai dari NGO Volunteers KL. syukran.



Jemputan marhaban di Majlis Walimah Masjid Muqarrobin K.L


Majlis walimah anak jiran.  Geng senduk, mengemas dan bungkus bungkus lauk...hehehe


Marhaban bersama emak pengantin.


  di majlis walimah anak jiran 

 Geng Marhaban mendapat jemputan.







Kelas mengaji Blok C Ahad malam Senayan komer.




 Kelas Al Quran Rabu malam Khamis Masjid Muqarrobin


Majlis Yaasin dan doa selamat di rumah mamawana.

Begitulah serba sedikit aktiviti mama meluangkan masa bermasyarakat bersama jiran tetangga muslimah yang di sayangi.  Keluar masuk lift, turun naik, pergi balik masjid kelas demi kelas itulah wajah wajah ceria yang sama.  Berat sama dipikul ringan sama di jinjing. Begitulah hidup bermasyarakat berkerjasama membawa berkat. Amin.

Komer bermasyarakat gossip gossip dengan jiran macam mana pula?. Cer kabor. Maghiler kongsi kongsi berita.

Kampungku

Assalamualaikum

Sama ler kita. Silent reader. Baca jer dan malas nak komen kat blog blog. Tengok ajer lah pemandangan.  Desaku tercinta. Kampungku. 
hehehe.


Cantik tak.? Cantik tak depan ghomah kiter.?  Sila lah komen . Like. Hahihu.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...