Saturday, September 19, 2015

Seni Art dan Kreativiti

Assalamualaikum

Sejak kecil saya suka menulis. Saya suka melukis. Saya suka sangat sangat kelas art and craft.  

Bila sudah ada peluang bersama anak anak comel dalam kelas taman didikan ini daku cuba mengimbau kembali segala seni  art yang pernah ku buat suatu ketika dahulu.  Anak anak sungguh gembira. Tak sabar sabar ingin memiliki hasil seni masing masing walau ada yang tidak sempurna, senget benget, conteng sana sini, tersilap gam pada yang bukan tempatnya.   Lucu.

Jom, tengok.  Siap conteng dengan pencil kaler magic lagi.  Ikut suka laaa...janji hepi.

Anyaman dan contengan.


Yang ini budak budak lapan tahun ya (Transit).  Tekunnyer mereka membantu cikgu menampal sebiji sebiji  untuk siapkan bulu bulu burung  hantu ini.  Thank you. Cikgu sayang kamu semua.


Masing masing dengan hasil tampalan bunga dari kertas warna di atas kertas A4 berwarna putih.


Kerjasama Cikgu dan anak murid. Gunting , tampal dan warna yang patut untuk menghasilkan rupa daun maple. Iya ker? hehehe...


Geng bas sekolah di bawah ini di buat dalam bulan Ramadhan lalu.  Jadilah Geng Iftar ke Masjid. Hehehe...


Dari bahan sedia kertas ada. Kertas warna, kertas A4, gam gunting. Hentam ajerlah labuu... asal jadi topeng.  Berebut rebut  hendakkan mask masing masing.  






Kelas Matematik.  Anak anak ini sungguh melucukan. Tampal, hentam ajerlah....hihihi


Yang last ini, kreativiti Cikgu dengan anak murid untuk menghasilkan kad ucap selamat hari raya Idilfitri lalu untuk hiasan dan sambutan Idilfitri 2015 di tadika.


Sekian. Dan saya sangat suka menyanyi nasyid dan zikir zikir dengan anak anak syurga ini.  Zikir zikir yang membahagiakan.  Hmmm... rasa tenang dan lapang.  Stress kepenatan boleh beransur ansur bahagia. Alhamdulillah.

Ingatlah, Hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram”. (Ar-Ra’d: 28)

Lain lain boleh klick sini untuk sumber rujukan tema dan idea.

1 comment:

iryanty ahamad said...

kad raya pelita tu cantik...ingat masa sek rendah dulu selalu buat tikar anyaman...:-))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...