Tuesday, July 18, 2017

Jiran Tetangga Yang Ku Kasihi Selamat Hari Raya Idilfitri

 Assalamualaikum

Dengan Bismillah,


 Allah swt telah berfirman :

وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلاَ تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا وَبِذِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَالْجَارِ ذِي الْقُرْبَى وَالْجَارِ الْجُنُبِ وَالصَّاحِبِ بِالْجَنْبِ



“Sembahlah Allah dan janganlah mensyirikkan-Nya dengan sesuatu dan berbuat baiklah kepada kedua ibubapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin , jiran tetangga yang berhubungan dekat atau yang jauh dan rakan teman..” (An-Nisa : 36).


 

Seperti Idilfitri tahun tahun lalu, masuk minggu kedua Syawal, selesai solat Isya berjemaah di masjid berhampiran rumah yang lebihkurang 100m itu, kami geng muslimah bersepakat untuk menziarahi jiran tetangga dari rumah ke rumah.  Ada  yang berjanji terlebih dahulu untuk menerima tetamu untuk menyediakan sedikit juadah special dan ada yang kami main terjah ziarah begitu sahaja tanpa tuan rumah buat apa apa persediaan. Hehehe... notti juga geng muslimah ni.  


 Tuan rumah yang manis ini menyediakan Mee Rebus special untuk meraikan kedatangan kami. 



Manakala jiran sebelah menyebelah ini menyediakan pelbagai juadah buat open house utk menyambut Geng kami.  Dari lemang rendang, nasi himpit, bihun sup,  laksa, cookies masya allah melimpah ruah rezeki di depn mata.  Sedap sedap belaka.





Juga jemputan doa selamat untuk mendoakan jiran kami Makcik K. Dar ini yang akan menunaikan Haji kali ke 3 hujung Julai 2017 ini bersama anak menantu beliau.   Berbahagialah menjadi tetamu Allah.  Aduhai... bestnya dapat gi Haji berulang kali.


 Tuan rumah menyediakan Mee Kari yang ku idam2kan sejak seminggu dua ini..  Alhamdulillah.


 Kesempatan ziarah raya ini  juga kami gunakan untuk menziahi ibu jiran kami yang uzur berusia 90an.  Untung masih punya emak.  Saya dah lama jadi yatim piatu. huhuhu


Walaupun ziarah terjah ke rumah K. Teh hampir jam 9.30 malam, sempat juga beliau menyediakan kuey teow kerang yang terbaiklah.  Lebih sedap dari kuey teow yang dijual di gerai2 sekitar food court berhampiran rumah.  Alhamduliillah.  Enak banget.Syukran atas hidangan .

Inilah sebahagian jiran tetangga saya yang saya kasihi.  Keluar masuk lift, naik turun tingkat atas ke bawah dari blok ke blok dah sampai missi ziarah raya kami. Demi memanjangkan silaturrahim dan adat berjiran 40 rumah jiran ke kiri, 40 rumah jiran ke kanan, 40 rumah jiran ke atas, 40 rumah jiran ke bawah depan belakang ada lagi yang akan kami lawati.. Insya allah.   


Di bawah ini lah wajah wajah yg sama setiap kali ada progrem di masjid, progrem  marhaban tahlil dan baca yaasin, ziarah pondok, ziarah rumah anak2 yatim, rombongan ke Perlis ,  Ke Langkawi,  Tadarus dan pelbagai progrem lagi.  Meriah kan Geng Muslimah kami. Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Illahi mendapat jiran tetangga yang baik budi.







Akhir klik klik update, mohon undur diri seketika, secarik kenangan, momen momen indah bersama jiran.  

  Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang orang yang beriman dan beramal solleh. Dan mereka pula berpesan pesan pada kebenaran serta berpesan pesan pd kesabaran. Al Quran.Surah Al Asr


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...